Realme Watch S Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM369

TechnologyDigital
3 Dec 2020 • 1:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pengguna di Malaysia kini menerima satu lagi pilihan terbaru untuk rangkaian peranti-boleh pakai keluaran Realme menerusi pengenalan Realme Watch S. Jam tangan ini merupakan kesinambungan daripada Realme Watch dan dilengkapi sejumlah spesifikasi yang diberi nafas baru bagi memenuhi cita rasa pengguna.

image is not available

Bagi yang berminat, Realme Watch S dijual pada harga RM369 untuk seunit. Bagaimanapun, anda boleh mendapatkannya pada harga promosi RM299 pada 12 Disember 2020. Promosi terhad untuk jualan pertama sahaja!

image is not available

Untuk spesifkasi, Realme Watch S ilengkapi skrin bersaiz 1.3-inci dengan resolusi 360 X 360 piksel, bersama tubuh yang diperbuat daripada aloi aluminium. Menariknya lagi, paparan ini juga hadir dengan sensor fotosensitif untuk kawalan kecerahan secara automatik mengikut keadaan cahaya. Ia juga disertakan dengan 100 pilihan muka jam – tetapi akan ditawarkan secara berperingkat.

image is not available

Dari segi fungsi, ia hadir dengan sejumlah sensor terbina untuk pemantauan kesihatan termasuk – pemantauan oksigen dalam darah, kadar denyutan jantung, pengesanan tidur dan banyak lagi. Ia juga dilengkapi 16 mod sukan berbeza, selain disertakan bateri 390mAh yang boleh bertahan selama 15 hari. Spesifikasi lain termasuk sokongan kalis air IP68, bluetooth 5.0, kawalan untuk muzik serta kamera, pemberitahuan panggilan serta mesej dan banyak lagi.