Muzium Bawah Laut Ini Dibina Mengelilingi Bangkai Kapal Karam Kurun Ke-18

TechnologyDigital
14 Dec 2020 • 3:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Belanda menjadi kuasa besar dunia pada kurun ke-18 kerana kekuatan maritimnya. Dengan kekuatan ini mereka mempunyai koloni di Perak dan di Indonesia. Tidak banyak kapal dari kurun ini masih wujud. Salah satunya Amsterdam karam di England pada tahun 1749.

image is not available

Bangkainya telah ditemui dan kini sebuah muzium bawah laut akan dibina di Amsterdam untuk memastikan ia dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Muzium Docking the Amsterdam ini unik kerana bangkai Amsterdam akan kekal di bawah permukaan laut untuk memastikan ia dapat dikekalkan. Pengunjung akan dapat melihat bahagian tubuh kapal di dalam galeri kaca seperti sebuah akuarium. Dari bahagian atas pengunjung boleh melihat ke bawah kapal yang tenggelam.

image is not available

Amsterdam ialah sebuah kapal kargo milik Syarikat Hindia Timur Belanda yang dalam perjalanan dari Texel ke Batavia (kini Jakarta) pada tahun 1749. Ia kemudiannya menghadapi masalah ketika berlayar di Selat Inggeris kerana cuaca yang buruk sebelum melanggar benteng lumpur dan karam. Bangkainya ditemui pada tahun 1969 tenggelam di dalam kawalan berlumpur berhampiran Hastings, England.

Kerajaan Belanda kini dalam proses untuk memulangkan semula Amsterdam ke bandaraya Amsterdam kerana di sinilah ia dibina lebih hampir 300 tahun lalu. Maka muzium Docking the Amsterdam dibina bagi membolehkan bangkai dipamerkan seperti yang dilakukan kepada Vasa di Sweden dan Mary Rose di England.