Discovery+ Akan Dilancarkan Januari 2021 Dengan 55,000 Kandungan Boleh Distrim Pada Hari Pertama

TechnologyDigital
3 Dec 2020 • 10:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti yang kami katakan dalam artikel #Seratus21 beberapa minggu lalu, tahun 2021 akan menjadi hangat dengan peperangan perkhidmatan penstriman yang semakin hangat. Bermula 4 Januari 2021, Discovery+ pula akan dilancarkan dengan 55,000 kandungan pada hari pertama dari 2500 rancangan.

image is not available

Discovery+ akan menawarkan kandungan dari Discovery Channel, A&E, The History Channel dan Lifetime. Terdapat juga kandungan asli baharu dari Sir David Attenborough, chef terkemuka Bobby Flay dan pelawak komediri Kevin Hart. Tidak diketahui pada waktu ini sama ada Discovery+ akan dilancarkan secara global pada 4 Januari ini. Di Amerika Syarikat, Discovery+ akan ditawarkan pada harga $4.99 dengan sokongan iklan dan $6.99 tanpa iklan.

Pada waktu ini beberapa kandungan Discovery Network ditawarkan menerusi platform penstriman seperti Netflix dan iFlix. Dengan pengumuman ini berkemungkinan besar ia secara perlahan-lahan akan ditarik bagi menawarkannya secara eksklusif menerusi Discovery+ kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved