Pembersih vakum genggam tanpa wayar, kalau ada satu di rumah, memang best!

Digital
16 Dec 2020 • 2:46 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

XIAOMI baru-baru ini memperkenalkan tambahan terbaharu untuk rangkaian produk ekosistemnya, Mi Vacuum Cleaner Mini.

Pembersih vakum genggam tanpa wayar berukuran kecil itu sangat sesuai untuk digunakan di mana sahaja tanpa masalah.

Selain praktikal untuk membersihkan sudut rumah atau pada komputer bimbit, peranti terbaharu itu juga mudah digunakan untuk membersihkan kereta dan sofa di ruangan sempit dan berhabuk.

image is not available
Untuk mendapatkan perbandingan yang menarik, klik untuk di sini untuk Shopee dan klik di sini untuk Lazada.

Berikut adalah ciri-ciri hebat Mi Vacuum Cleaner Mini:

*Mudah alih dan ringan.
*Dengan hanya seberat 500 gram (g), inovasi terkini Xiomi itu dilengkapi dengan tangki debu.
*Bercirikan peranti tanpa wayar, ia bersifat mudah alih dan senang untuk digunakan.
*Lebih tahan lama.
*Mi Vacuum Cleaner Mini menggabungkan teknologi siklon dengan daya sedutan yang besar.
*Dibangunkan dengan bateri 2000mAh, pembersih vakum mudah alih itu mampu memberikan autonomi sekitar 30 minit pada kapasiti operasi standard atau 9 minit pada kapasiti maksimum.
*Dilengkapi dengan dua berus yang mudah digunakan, menjadikannya serba boleh untuk setiap keperluan pembersihan.

Untuk mendapatkan pembersih vakum berkenaan, pembelian boleh dilakukan menerusi Lazada, Shopee dan kedai rasmi Mi yang sah di seluruh negara.

image is not available
Untuk mendapatkan perbandingan yang menarik, klik untuk di sini untuk Shopee dan klik di sini untuk Lazada.

The post Pembersih vakum genggam tanpa wayar, kalau ada satu di rumah, memang best! appeared first on Sinar Plus.