Harmony OS Untuk Telefon Pintar Kini Ditawarkan Dalam Bentuk Beta – Memperlihatkan Pengalaman Seumpama EMUI Android

TechnologyDigital
16 Dec 2020 • 12:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei kini telah pun mula menawarkan Harmony OS 2.0 Beta untuk pengguna telefon pintar, sekaligus membolehkan para pembangun mengujinya, serta mengoptimasikan aplikasi untuk sistem operasi yang dijangka digunakan pada peranti-peranti keluaran Huawei berkenaan.

image is not available

Buat masa ini, Harmony OS ini ditawarkan untuk para pembangun, dan antara peranti yang disokong adalah termasuk Huawei P40, Huawei P40 Pro, Huawei Mate 30, Huawei Mate 30 Pro, dan juga Huawei Mate 30 Pro 5G.

Pendaftaran ini hanya dibuka untuk para pembangun sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan dibuka kepada pengguna umum.

Daripada beberapa video yang hadir ke arena web, ia dilihat Harmony OS menawarkan antaramuka lebih kurang sama seperti EMUI, serta pengalaman penggunaan yang lebih kurang sama. Ini juga mungkin memudahkan lagi peralihan pengguna ke penggunaan sistem operasi ini dengan mudah dan tidak perlu kekok ketika mmenggunakannya.

Dengan perkembangan terbaru ini, kita mungkin akan lihat Harmony OS ini dibuka pendaftaran kepada pengguna peranti biasa, sekaligus memudahkan lebih ramai yang mencubanya.

Daftar : Pembangun Harmony OS 2.0 Beta Untuk Telefon

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved