ASUS Malaysia Membawa Masuk Pilihan Kad Grafik NVIDIA GeForce RTX 3060Ti Mereka – Harga Bermula RM2299

TechnologyDigital
2 Dec 2020 • 1:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

NVIDIA baru-baru ini telah melancarkan model kad grafik kelas pertengahan terbaru mereka, iaitu NVIDIA GeForce RTX 3060Ti, dan ia dijangka akan hadir di pasaran global, termasuklah Malaysia tidak lama lagi.

ASUS Malaysia baru sahaja mengesahkan bahawa mereka akan membawa masuk tiga model kad grafik tersebut, termasuklah model-model ASUS ROG STRIX RTX 3060Ti O8G, ASUS TUF RTX 3060Ti O8G dan ASUS DUAL RTX 3060Ti O8G.

image is not available

Bermula dengan ASUS ROG STRIX RTX 3060Ti O8G, kad grafik ini hadir dengan saiz yang terbesar diantara ketiga-tiga kad grafik yang ditawarkan didalam siri ini.

image is not available

Ia dilengkapi dengan tiga kipas penyejuk Axial-tech dimana dua kipas di bahagian sisi dilengkapi 11 bilah kipas, manakala kipas tengah hadir dengan 13 bilah kipas. Digabungkan dengan bongkah penyejukan GPU, kad grafik ini akan memakan sebanyak tiga ruang pengembangan PCIe di bahagian belakang komputer anda.

image is not available

Jika sebuah kad grafik yang lebih “tahan lasak” adalah pilihan anda, ASUS TUF RTX 3060Ti O8G mungkin untuk anda. Ia hadir dengan tiga kipas penyejuk Axial-tech yang sama digunakan pada kad grafik ROG STRIX sebelum ini, tetapi mempunyai rekaan penyejukan yang lebih minimalis.

image is not available

Apa yang membuatkan kad grafik ini unik ialah ia menggunakan komponen-komponen dalaman yang melepasi piawaian ketenteraan yang menjanjikan jangka-hayat yang cukup panjang walaupun jika kad grafik ini digunakan pada kapasiti penuh sepanjang masa.

image is not available

ASUS DUAL RTX 3060Ti O8G pula khusus untuk mereka yang hanya mahukan sebuah kad grafik berkuasa yang tidak mempunyai ciri-ciri tambahan yang mungkin tidak diperlukan oleh pengguna.

image is not available

Ia dilengkapi dua kipas penyejuk Axial-tech, dan mempunyai saiz rekaan yang lebih pendek berbanding dua kad grafik sebelum ini. dimana ia cukup sesuai digunakan didalam binaan komputer yang kecil juga.

ASUS Malaysia mengatakan bahawa kad-kad grafik NVIDIA GeForce RTX keluaran ASUS ini telahpun memasuki pasaran tempatan, dan boleh didapati pada harga-harga berikut:

  • ASUS ROG STRIX RTX 3060Ti O8G – RM2649
  • ASUS TUF RTX 3060Ti O8G – RM2499
  • ASUS DUAL RTX 3060Ti O8G – RM2299