Gionee Didapati Bersalah Memasang Perisian Hasad Pada 21 Juta Peranti

TechnologyDigital
7 Dec 2020 • 9:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perisian hasad pada peranti ialah perkara yang merisaukan kerana kita semakin bergantung kepadanya untuk melakukan tugasan harian berbanding sebuah komputer. Secara lazimnya ia dipasang secara tidak sengaja apabila menekan pautan pada pelayar web atau dimuat turun menerusi sumber yang tidak selamat. Tetapi dalam kes Gionee perkara yang sebaliknya berlaku.

Shenzhen Zhipu Technology Co. Ltd. yang merupakan anak syarikat Gionee didapati bersalah memasang perisian hasad pada 21.75 j juta peranti oleh mahkamah di China. Perisian Trojan disertakan pada aplikasi Story Lock Screen yang kemudiannya digunakan untuk memaparkan iklan yang memberikan keuntungan RMB 27.85 juta (~RM17.4 juta) kepada syarikat.

image is not available

Aktiviti pemasangan perisian hasad dilakukan di antara Disember 2018 hingga Oktober 2019. Akibatnya tiga kakitangan syarikat dijatuhkan hukuman penjara sehingga 3.5 tahun serta denda RMB200,000 seorang atas penglibatan mereka.

Pemasangan iklan ialah antara taktik yang digunakan oleh pengeluar peranti untuk mengurangkan harga jualan. Xiaomi melakukannya tetapi ia boleh dinyahkatifkan oleh pemilik selepas menerima rungutan pelanggan.

Tahun lalu Be Free Phone ditawarkan dengan pelan data dan selular percuma. Separuh skrin akan memaparkan iklan sepanjang masa sebagai ganti kepada perkhidmatan yang ditawarkan. Sementara itu peranti Tecno yang dipasarkan di Afrika juga mempunyai aplikasi hasad terpasang yang menyedut wang pemilik menerusi langganan tanpa kebenaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved