Lagi kluster tempat kerja dikesan di Selangor

LocalPolitics
12 Dec 2020 • 7:52 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 12 DIS: Satu lagi kluster tempat kerja dikesan di Selangor membabitkan daerah Gombak, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat hari ini kluster Dang Mutiara mencatatkan 10 kes positif Covid-19.

“Kes indeks ke-75,588 disahkan positif pada 9 Disember selepas menjalani saringan masuk pelantar minyak.

“Kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh bagi menerima rawatan. Susulan itu seramai 102 individu telah disaring,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata kluster berkenaan turut merekodkan kes positif di Dungun serta Kemaman, Terengganu.

The post Lagi kluster tempat kerja dikesan di Selangor appeared first on Selangorkini.