Kerajaan Negeri rangka empat langkah jangka pendek jika air tercemar

2 Dec 2020 • 11:50 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 2 DIS: Kerajaan Negeri melaksanakan Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) sebagai langkah jangka pendek sekiranya berlaku pencemaran sumber air.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata insiatif tersebut dirangka untuk memastikan rakyat Selangor dapat menikmati bekalan air secara berterusan.

“SJAM menggariskan empat langkah iaitu rawatan awal di kolam rawatan, pemantauan dan pengawasan, pembinaan infrastruktur pengepaman terus dari kolam takungan Sungai Selangor serta penguatkuasaan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Pindaan 2020,” katanya menerusi Facebook hari ini.

image is not available

Pada 26 November, EXCO infrastruktur berkata Sungai Gong dijadikan projek rintis penggunaan teknologi nano yang bertindak merawat sungai tercemar.

Ir Izham Hashim berkata projek melalui skim itu bakal diluaskan ke Sungai Sembah dan Sungai Semenyih dalam usaha mengekang pencemaran sumber air.

Menurutnya, sistem hasil gabungan teknologi dari Amerika Syarikat dengan tempatan itu akan menghapuskan bau, minyak, gris, logam berat, pepejal terampai dan terlarut dalam pencemaran selain memastikan kelangsungan hidupan akuatik.

Kerajaan Selangor memperuntukkan RM200 juta bagi membendung masalah pencemaran air menerusi empat projek dan dijangka siap dalam tempoh 18 bulan.

The post Kerajaan Negeri rangka empat langkah jangka pendek jika air tercemar appeared first on Selangorkini.