Ini Resipi Mudah & Jimat Buat Cheesekut Guna Blender Rumah Jer!

Cooking
28 Dec 2020 • 9:09 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram kami disini!


Mereka yang sememangnya pengemar cheesekut pasti gembira dengan perkongsian kami pada hari ini.

Jika sebelum ini korang membelinya di kedai-kedai ataupun order secara online kerana tidak mempunyai peralatan mencukupi, tetapi kini korang mungkin boleh membuatnya di rumah.

Macam mana? Mudah saja, korang hanya perlukan blender untuk membuat resepi ini di rumah je tau! Tambah-tambah yang duduk rumah bujang bolehlah cubanya di rumah, mana tahu lepas ni boleh buka bisnes cheesekut pula kan. Jom tengok!

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:

image is not available
Kredit: Facebook/ Limau Nipis

  • 250gm cream cheese
  • 200gm susu pekat
  • 2 sudu basar susu cair
  • Biskut kering
  • Susu suam
  • Nestum
  • Milo

CARA MENYEDIAKAN CHEESEKUT MENGGUNAKAN BLENDER

  • Kisarkan cream cheese, susu pekat dan susu cair.

image is not available
Kredit: Facebook/ Limau Nipis

  • Kemudian, celup biskut dalam susu suam yang disediakan dan masukkan ke dalam bekas.

image is not available
Kredit: Facebook/ Limau Nipis

  • Sapu adunan cheese pada biskut yang dicelup tadi.

image is not available
Kredit: Facebook/ Limau Nipis

  • Selepas itu, taburkan nestum dan serbuk milo.

image is not available
Kredit: Facebook/ Limau Nipis

image is not available
Kredit: Facebook/ Limau Nipis

  • Ulang semula setiap lapisan dengan biskut yang dicelup susu suam.

image is not available
Kredit: Facebook/ Limau Nipis

  • Sejukkan semalaman dan siap!

image is not available
Kredit: Facebook/ Limau Nipis

image is not available
Kredit: Facebook/ Limau Nipis

Haa.. Macam mana senang je kan cara buat cheesekut dekat rumah? Kalau dulu korang beli dessert ini dengan harga yang mahal, tapi sekarang korang boleh jimat dengan buat resipi ini di rumah je. Selamat mencuba!