Sony Umum Akan Lancarkan PlayStation 5 Di Malaysia Esok – Tetapi Tanpa Sebarang Unit Di Kedai Untuk Dibeli

TechnologyDigital
10 Dec 2020 • 3:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sony Malaysia kini mengingatkan pengguna yang mana PlayStation 5 akan dilancarkan di Malaysia secara rasminya esok. Namun, agak mendukacitakan, tiada sebarang unit yang akan dijual di kedai esok, dan pengguna perlu menantikan ia untuk tempoh lebih lama sebelum boleh mendapatkannya.

Sony mengatakan hanya pengguna yang telah pra-tempah sebelum ini  sahaja yang akan boleh hadir untuk mendapatkan set PlayStation 5 masing-masing.

Perkara ini mungkin mendukacitakan ramai peminat konsol generasi baru berkenaan, kerana tidak boleh mendapatkannya pada tarikh pelancaran dan perlu nantikan untuk tempoh lebih lama lagi.

image is not available

Di Malaysia, PlayStation 5 ditawarkan pada harga RM2299 untuk versi biasa, sementara versi digital ditawarkan pada harga RM1869.

Sony mengatakan mereka akan berkongsi lanjut bila terdapat stok untuk dibeli melalui medium sosial dan laman web  rasmi mereka.