Mobvoi Kini Hadir Dengan TicWatch Pro 3 Yang Menyokong Selular

TechnologyDigital
2 Dec 2020 • 5:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TicWatch Pro 3 adalah jam tangan pintar Wear OS pertama dunia dengan cip pemprosesan Snapdragon Wear 4100. Mobvoi mengekalkan rekaan yang lebih kurang sama, tetapi kini lebih kemas dan kelihatan elegan dan profesional. Ia juga hadir dengan sokongan GPS, ada pelancar tersendiri, kemaskini pantas dan banyak lagi.

image is not available

TicWatch Pro 3 juga adalah jam tangan pintar yang ada dua skrin terbina, iaitu satu AMOLED dan satu lagi FSTN LCD. Baru-baru ini, khusus untuk pasaran Eropah – Mobvoi hadir dengan TicWatch Pro 3 versi selular pula. Dengan adanya sokongan selular, pengguna boleh menggunakan TicWatch Pro 3 ini tanpa sebarang telefon pintar dan boleh guna begitu sahaja dengan akses kepada internet, GPS, panggilan telefon dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, versi selular ini hanya terhad kepada pasaran Eropah iaitu di UK dan Jerman sahaja melalui pelan telekomunikasi Vodafone. Di Malaysia, hanya versi biasa sahaja yang dijual secara rasmi pada harga RM1320. Versi selular dilihat dijual pada harga £329.99, iaitu sekitar RM1796.