DALAM bahasa perubatan meruang maksudnya sama dengan vaginal douching dan kajian menunjukkan yang ia mendatangkan lebih banyak mudarat berbanding kebaikan, maka ia mesti dielakkan.
Meruang dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula merujuk kepada kaedah membersihkan najis dalam ruang rongga mayat ketika memandikan mayat.
Kawasan kemaluan wanita mempunyai bakteria baik yang hidup simbiosis dengan persekitarannya.
Tulis Dr Rusyainie Ramli di Facebooknya, dengan menggunakan feminine wash, tidak kiralah apa jenama pun, keadaan semula jadi yang Tuhan buat tu terancam dan silap hari bulan, bakteria itu semua pun mati.
“Apabila mereka mati, maka datanglah populasi bakteria lain berumah tangga di situ. Kemaluan kita ini bukan steril atau bebas kuman. Bila dah jadi begitu, maka bermula episod ngeri untuk wanita. Cukuplah sekadar mencuci dengan air paip,” jelasnya.
Begitu juga, jika feminine wash pun tidak boleh diguna, apatah pula meruang dengan segala produk masker vagina, ataupun jamu yang disumbat masuk ke dalam faraj.
Baca juga Beli ubat kurap online boleh rosakkan hati, pakar jelaskan hal ini
“Keputihan sebenarnya perkara normal untuk wanita. Silakan belajar dengan mereka yang ahli dalam bidang agama apa beza wadi, mazi dan mani.
“Yang jadi masalahnya abila keputihan yang keluafr dari faraj itu berketul-ketul macam tauhu hancur, baunya hanyir atau busuk, warnanya dah jadi kuning atau hijau, atau gatal sekitar kemaluan tu,” terangnya lagi.
Penyelesaiannya?
Berjumpalah doktor. Kenapalah suka sangat bertanya pada netizen, sampai benda dalam kain pun dicerita seantero dunia.
“Tak payahlah dok hantar mesej kat doktor. Memang takkan dilayan. Sebab saya sendiri pun takkan membuat konsuktasi dalam talian. Kami bukan bomoh atau dukun, tak tengok pun pesakit dah tahu diagnosis. Tu salah dari segi etika,” pesannya.
The post Elak guna feminine wash, cukup guna air paip appeared first on Sinar Plus.




