Google Classroom, Bantuan Prihatin Nasional, Dalgona Coffee – Adalah Antara Carian Popular Google Malaysia Pada 2020

TechnologyDigital
9 Dec 2020 • 5:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google Malaysia hari ini telah mengeluarkan senarai carian popular di enjin carian berkenaan sepanjang tahun 2020 ini. Carian ini dibahagikan kepada beberapa kategori, termasuk antaranya adalah berita, individu, resipi, sukan, dan juga gajet.

Secara keseluruhan, menduduki tangga pertama carian adalah “US Election 2020” yang memperlihatkan orang ramai ingin mengetahui berkenaan dengan perkembangan pilihanraya di Amerika Syarikat.

Ia diikuti oleh Google Classroom yang digunakan meluas untuk pembelajaran disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan.

Bantuan Prihatin Nasional dan Bantuan Sara Hidup menduduki tangga ketiga dan keempat, diikuti oleh Coronavirus pada tangga kelima, dan i-Lestari pada tangga ke-6.

Realme 6 Pro pula menjadi gajet yang paling ramai cari di Google Malaysia, dan diikuti oleh English Premier League yang turut menerajui carian berkenaan sukan.

image is not available

image is not available

image is not available