Aplikasi Spotify Kini Ditawarkan Melalui Epic Games Store – Epic Ke Arah Kedai Aplikasi Penuh?

TechnologyDigital
18 Dec 2020 • 10:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Spotify, salah satu aplikasi penstriman muzik popular, kini telah diterbitkan di Epic Games Store, sekaligus membolehkan para pengguna untuk memuat-turun aplikasi berkenaan daripada kedai aplikasi tersebut.

image is not available

Seperti ramai sedia maklum, Epic Games Store sedia ditawarkan untuk platform Android, selain untuk komputer. Dengan langkah ini, ia turut memperlihatkan yang mana Epic Games Store dalam fasa peralihan ke kedai aplikasi menyeluruh dan bukan penawaran permainan semata-mata.

Epic Games Store dilihat mengambil potongan sekitar 12% daripada pembangun – berbanding Google Play Store atau Apple App Store yang mengambil potongan 30%. Dengan langkah ini, ia mungkin akan memudahkan lagi para pembangun menerbitkan aplikasi di platform tersebut.

Jadi, mungkinkah pada masa akan datang kita melihat Epic Games Store turut mencabar dominasi kedai aplikasi selain Play Store, AppStore dan juga AppGallery?

Spotify di Epic Games Store