Vivo: Pengguna Telefon Pintar Meningkat Tahun 2020, 84% Menghabiskan Masa Berseorangan Di Dalam Bilik

TechnologyDigital
15 Dec 2020 • 1:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nipun Marya selaku Pengarah Strategi Jenama di Vivo India telah mendedahkan statistik penggunaan telefon pintar di kalangan pengguna. Pengguna telefon pintar pada tahun 2020 semakin meningkat dan ia membawakan kemudaratan, bukannya kebaikan.

image is not available

Menurut beliau, pengguna yang obesesi terhadap peranti dan ketagih boleh menjejaskan hubungan di antara manusia dan secara tidak langsung merosakkan imej Vivo sebagai jenama sebuah telefon pintar. Disebabkan Covid-19, ramai yang terpaksa bekerja dari rumah, belajar dari rumah dan ramai pengguna menghabiskan masa di dalam rumah. Malah, statistik memperlihatkan peningkatan sekitar 7 jam sehari seseorang menggunakan telefon pintar berbanding sebelum ini hanya sekitar 4.5 jam.

image is not available

Sebanyak 84% pengguna banyak berkurung dengan menghabiskan masa berseorangan di dalam bilik dengan peranti masing-masing. 71% menggunakan peranti di meja makan dan/atau sambil makan sambil menggunakan peranti, 57% menggunakan peranti sambil bersenam dan hanya 50% menggunakan bersama-sama keluarga.

Penggunaan telefon pintar yang melampau ini boleh mengasingkan diri dari dunia sosial dan interaksi sebenar di antara manusia. Perkara ini akan menyebabkan karakter pengguna berubah dan kelas turut boleh membawa kepada penyakit mental.