Putrajaya tiada hala tuju ekonomi, gagal bantu IKS – EXCO

LocalBusiness & Finance
10 Dec 2020 • 10:31 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 10 DIS: Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai hala tuju yang jelas bagi mengukuhkan ekonomi negara ekoran berdepan kemelut politik berterusan, kata EXCO pembangunan usahawan.

Rodziah Ismail berkata situasi itu menyebabkan Putrajaya gagal mewujudkan mekanisma jelas bagi membantu usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang menjadi tunjang ekonomi negara.

“Sedangkan IKS rata-ratanya adalah dalam kalangan Melayu dan Bumiputera yang teruk terjejas.

“Keparahan ekonomi yang melanda negara pada ketika ini perlu segera ditangani sebaiknya. Impak pandemik Covid-19 tidak lagi boleh dijadikan alasan secara berterusan dalam norma baharu,” katanya dalam kenyataan.

Kerajaan Selangor melakukan pelbagai langkah untuk membantu usahawan IKS yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Usaha meliputi insentif khas penjaja berlesen berjumlah RM40 juta, pengecualian sewa premis (RM12 juta), penangguhan bayaran pinjaman Hijrah (RM70 juta) dan inisiatif pembiayaan tunai ‘Selangor Advance’ (RM100 juta).

Kerajaan Negeri juga memperkenal rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec) sebagai tempat pemasaran dan jualan dalam talian khususnya untuk usahawan luar bandar.

 

The post Putrajaya tiada hala tuju ekonomi, gagal bantu IKS – EXCO appeared first on Selangorkini.