Jais mengadap Sultan esok, mohon perkenan tambah jemaah masjid

7 Dec 2020 • 5:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 7 DIS: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dijadual mengadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pagi esok berhubung kebenaran menambah bilangan jemaah masjid.

Pengarahnya berkata cadangan melibatkan masjid di tiga daerah yang dikecualikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kawasan bebas Covid-19.

“Jais akan menyembah maklum perkara ini tetapi perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah bergantung kepada nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor,” kata Mohd Shahzihan Ahmad kepada SelangorKini.

Pada 15 Oktober, Jais membenarkan kurang enam jemaah menunaikan solat fardu di masjid dan surau berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

PKPB di Selangor yang dilaksana bermula 14 Oktober disambung sehingga 20 Disember kecuali Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

 

The post Jais mengadap Sultan esok, mohon perkenan tambah jemaah masjid appeared first on Selangorkini.