Kerajaan benarkan bilangan tempat duduk bergantung saiz meja

LocalPolitics
9 Dec 2020 • 6:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 9 DIS: Pelanggan restoran dibenar duduk lebih dua orang bergantung kepada saiz meja bermula hari ini, kata menteri kanan (pertahanan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara penting adalah pemilik restoran dan pelanggan perlu menjaga penjarakan fizikal.

“Kalau meja panjang atau meja bulat besar boleh muat sehingga 10 pelanggan, kita benarkan tetapi mesti ada jarak antara satu sama lain.

“Keputusan ini dibuat selepas kita mendengar pandangan pengusaha restoran namun ingin saya tekankan perkara paling penting adalah kita jaga kita,” katanya pada sidang media hari ini.

Pada 13 Oktober kerajaan memutuskan dua orang sahaja dibenar setiap meja susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

The post Kerajaan benarkan bilangan tempat duduk bergantung saiz meja appeared first on Selangorkini.