Sejak pelaksanaan PKP sehinggalah PKPB, kebanyakan pelajar mahupun yang bekerja akan menghabiskan masanya di hadapan komputer kan? Mana taknya hampir kesemua insititusi pengajian tinggi termasuklah syarikat digalakkan untuk work from home bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Dalam masa yang sama, kebanyakan dari mereka seringkali menghadapi masalah perisian Microsoft Word terpadam sehinggakan tidak sempat untuk menekan butang save. Betul tak?
Jadi, disebabkan itu kami ingin berkongsikan tips bagaimana ingin mendapatkan semula kerja yang dibuat dalam Microsoft Word yang tidak sempat save tu. Perkongsian dari @fakhrul_samerin ini sangat membantu mereka yang menghadapi masalah sebegini. Jom baca sampai habis ya!
Langkah pertama:
Kalau Word terpadam, kerja tak sempat save. Dah buka semula pun takde recommendation recovered file, boleh try cara ni.
File>open>recent>Recover unsaved file. (Try je la kan, kot2 ada rezeki)
Aku jumpa cara ni masa jawab test linkedin tu tau 😂 pic.twitter.com/8ap9PtSwI2
Langkah kedua:
Nanti ada la beberapa option file yang sistem recover.
Open file yang berkaitan. Kalau ada banyak, kena try la open satu persatu nak tau file yang mana. Cari yang paling latest la.
Walaupun file tu tak macam docs word pun, open je dulu. pic.twitter.com/hpc0sKMrPM
Langkah ketiga:
Bila dah open tu, dan yakin file yang kita buka tu adalah file yang betul, save la file tu sebagai word docs.
Save as "Word Document" untuk dapat latest format .docx.
Kalau tak compatible, pakai version microsoft lama ke, pandai2 la cari format yang compatible. pic.twitter.com/Dk87TlWKGj
Haa… Macam mana senang tak? Jadi, selepas ini korang dah tak perlu risau ataupun stress dah kalau kerja korang tak sempat save di Microsoft Word kan? Semoga tips ini dapat memberikan manfaat buat kita semua ya! Selamat mencuba.


