Google Play Music Kini Ditamatkan

TechnologyDigital
4 Dec 2020 • 1:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak tahun 2018 lagi, sudah kedengaran yang Google akan tamatkan perkhidmatan Google Play Music. Bermula 2019, YouTube Music telah menjadikan aplikasi audio lalai dari Google untuk peranti Android. Pada Ogos lepas, Google mengumumkan yang Google Play Music akan ditamatkan dan pengguna patut beralih ke YouTube Music. Perlahan demi perlahan, Google menjemput pengguna untuk beralih ke YouTube Music – seperti menamatkan gedung muzik di Play Store, memberi notifikasi, tawaran langganan YouTube Music percuma dan lain-lain lagi.

image is not available

Terkini, akhirnya Google Play Music telah tamat. Aplikasi ini tidak lagi boleh digunakan. Pengguna akan diminta untuk memuat turun aplikasi YouTube Music atau melanggannya untuk menikmati muzik. Ramai yang tidak berpuas hati, kerana ketika Google Play Music – pengguna tekah membeli lagu sendiri untuk simpanan. Tetapi apabila digantikan dengan penstriman, yang mana pengguna tidak lagi mempunyai akses ke muzik-muzik ini menyebabkan ramai kecewa.

Tetapi apakan daya, Google sudah beralih ke platform penstriman kerana itulah trend terkini agar boleh bersaing dengan Spotify, Apple Music dan lain-lain.