Honor Menyasarkan Untuk Mengeluarkan Sekitar 100 Juta Unit Telefon Pintar Pada 2021 – Lagi Tinggi Berbanding Huawei

TechnologyDigital
22 Dec 2020 • 3:06 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Huawei telah pun mengasingkan dan menjual Honor kepada firma berasingan, sekaligus membuatkan Honor beroperasi secara kendiri dan bebas dari Huawei.

Terbaru, mengikut laporan Nikkei, Honor dilaporkan menyasarkan untuk meningkatkan pengeluaran telefon pintar mereka kepada sekitar 100 juta telefon pintar. Ini sekaligus memperlihatkan peningkatan pengeluaran sekitar 40% berbanding sebelum ini.

Apa pun, ia masih bergantung kepada kebolehan Honor mendapatkan kembali bekalan daripada penyedia komponen – dan sama ada ia sudah terlepas daripada senarai entiti Amerika Syarikat atau sebaliknya.

Dengan perkembangan terbaru ini, semestinya tahun 2021 kelak akan menjadi antara tahun menarik untuk Honor, dan melihat sama ada ia boleh memberikan cabaran yang hebat kepada Huawei dan lain-lain atau tidak.

View Original Article