Kuih lompang pandan paling mudah hanya guna 4 bahan

WorldEntertainmentBusiness & Finance
28 Dec 2020 • 9:15 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

KUIH lompang sesuai dinikmati ketika sarapan pagi atau minum petang.

Kuih tradisi ini adalah antara kuih yang paling mudah dibuat yang hanya dimasukkan dalam cawan kecil dan dikukus.

Difahamkan, namanya diberi sedemikian kerana bentuk kuihnya yang mempunyai lekukan di bahagian tengah.

Ia juga turut dipanggil kuih kaswi bagi sesetengah tempat.

Ayuh kita cuba resipi ringkas yang dikongsi oleh Suhailiza Zainal ini.

Bahan-bahannya;

  • 1 paket tepung beras
  • 8 cawan air
  • 2 cawan gula
  • Daun pandan

Cara-cara membuatnya;

1. Masak air gula dan pandan.

2. Kisar semua adunan.

3. Tuang ke dalam acuan dan kukus.

4. Hiaskan kelapa parut bersama kuih lompang tersebut.

Cuba juga Tok Aji Serban popular di Terengganu

Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.

The post Kuih lompang pandan paling mudah hanya guna 4 bahan appeared first on Sinar Plus.