Covid-19 : Elakkan 3S/3C, amalkan 3W dan sentiasa patuh S.O.P

16 Dec 2020 • 6:48 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SEPERTI apa yang kita sedia maklum, sehingga ke hari ini gelombang wabak Covid-19 masih dilihat makin ‘menggila’ dan belum menunjukkan tanda-tanda positif yang ia bakal berakhir dalam masa terdekat.

Apa yang perlu kita lakukan kini hanyalah sentiasa mengamalkan langkah-langah keselamatan yang tinggi supaya tidak dijangkiti dan menjadi mangsa seterusnya.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga dilihat sentiasa memantau dan memberi info terkini melalui pelbagai platform berkenaan Covid-19 kepada orang ramai termasuk memberi nasihat untuk dijadikan panduan.

Jadikan nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian. Antara langkah yang perlu kita buat dan amalkan bagi membendung wabak Covid-19 daripada terus menular adalah seperti berikut:

  • 𝐄𝐥𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝟑𝐒 / 𝟑𝐂 : iaitu elakkan kawasan yang 𝐬𝐞𝐬𝐚𝐤 (𝐂𝐫𝐨𝐰𝐝𝐞𝐝 𝐩𝐥𝐚𝐜𝐞), elakkan kawasan yang 𝐬𝐞𝐦𝐩𝐢𝐭 (𝐂𝐨𝐧𝐟𝐢𝐧𝐞𝐝 𝐬𝐩𝐚𝐜𝐞) dan elak sembang atau bertutur dengan 𝐣𝐚𝐫𝐚𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭 (𝐂𝐥𝐨𝐬𝐞 𝐜𝐨𝐧𝐯𝐞𝐫𝐬𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧).
  • 𝐀𝐦𝐚𝐥𝐤𝐚𝐧 𝟑𝐖 : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (𝐖𝐚𝐬𝐡), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (𝐖𝐞𝐚𝐫), dan (𝐖𝐚𝐫𝐧) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:

⁃ Elakkan bersalaman atau bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;

⁃ Amalkan etika batuk dan bersin.

⁃ Dapatkan rawatan segera jika bergejala.

⁃ Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung.

⁃ Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada 𝑺.𝑶.𝑷 sebagai normal baharu iaitu:

  • 𝑺 : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
  • 𝑶 : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan.
  • 𝑷 : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

The post Covid-19 : Elakkan 3S/3C, amalkan 3W dan sentiasa patuh S.O.P appeared first on Sinar Plus.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved