Instagram Muzik Mula Hadir Untuk Pengguna Malaysia – Tetapi Tidak Boleh Digunakan Sepenuhnya

TechnologyDigital
4 Dec 2020 • 1:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Instagram kini dilihat telah mula mengaktifkan ciri Instagram Muzik untuk pengguna tempatan secara berperingkat. Sejumlah pengguna telah mula melihat pilihan Instagram Muzik ketika berkongsi Instagram Stories, dan membolehkan anda membuat carian lagu serta berkongsi pilihan lagu berkenaan melalui Instagram Stories.

image is not available

image is not available

Pilihan Instagram Muzik ini hanya diaktifkan kepada sejumlah pengguna, dan pada masa yang sama, perkongsian berkenaan dilihat tidak berfungsi sepenuhnya lagi buat masa ini. Walaupun perkongsian boleh dilakukan, tetapi pengguna tidak boleh memainkan kembali muzik selepas dikongsikan pada Instagram Stories berkenaan.

Bagi anda sendiri, adakah anda sudah menerima ciri ini pada Instagram Stories