Empat mukim di Gombak, Hulu Langat dan Petaling dalam zon merah

31 Dec 2020 • 8:40 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 31 DIS: Empat mukim di Gombak, Hulu Langat dan Petaling berada dalam zon merah sepanjang tempoh dua minggu bermula 17 Disember.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan mukim di Gombak meliputi Batu, Hulu Kelang, Rawang dan Setapak.

Menurutnya, zon berbahaya di Hulu Langat melibatkan Ampang, Kajang, Cheras dan Semenyih manakala Petaling iaitu Bukit Raja, Damansara, Petaling serta Sungai Buloh.

“Kuala Selangor memiliki tiga mukim zon merah di Ijok, Tanjung Karang dan Jeram manakala Klang serta Kuala Langat masing-masing dua,” katanya menerusi Twitter.

Kementerian memaklumkan satu mukim di Hulu Selangor dan Sepang berstatus merah iaitu Serendah serta Dengkil.

Semalam, kes baharu Covid-19 di Selangor menurun kepada 472 berbanding 747 yang direkodkan pada Selasa.

Sebanyak 65 kes dikesan daripada kluster sedia ada termasuk enam jangkitan kluster baharu iaitu kluster Tapak Broga.

Baki 407 kes disumbangkan hasil saringan kontak rapat dan lain-lain saringan Covid-19.

The post Empat mukim di Gombak, Hulu Langat dan Petaling dalam zon merah appeared first on Selangorkini.