OnePlus Buds Z Steven Harrington Special Edition Kini Di Malaysia – Berharga RM229

TechnologyDigital
7 Jan 2021 • 12:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Seperti dijanjikan, OnePlus Buds Z Steven Harrington Special Edition akhirnya dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan. Harga yang ditawarkan adalah RM299 dan jualan pertama akan bermula pada 14 Januari 2021. Bagi yang berminat, ia boleh didapati secara ekslusif menerusi Shopee dan setiap pembelian akan didatangkan dengan jaminan waranti selama setahun.

image is not available

Untuk makluman, spesifikasi dalaman OnePlus Buds Z Steven Harrington Special Edition masih sama seperti versi standard. Cuma bezanya, kemasan luaran fon telinga ini tampil lebih unik menjadikannya sebuah koleksi yang menarik untuk dimiliki. Kemasan ini adalah hasil kerjasama OnePlus bersama pereka dan artis dari Los Angeles iaitu Steven Harrington.

image is not available

Dalam perkembangan berbeza, OnePlus turut hadir dengan promosi masa terhad untuk OnePlus Buds Z versi standard. Melaluinya, ia kini dijual pada RM209 yang mana dilihat RM20 lebih murah berbanding harga asal. Promosi ini bagaimanapun terhad untuk sehari sahaja – iaitu pada 7 Januari 2021.