MB: Klinik, hospital swasta gagal lapor kes Covid-19 bakal dikompaun

30 Jan 2021 • 11:17 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM. 30 JAN: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) akan mengenakan kompaun kepada klinik atau hospital swasta yang tidak melaporkan kes Covid-19 secara terus.

Dato’ Menteri Besar berkata peningkatan kes harian semalam disebabkan saringan pekerja kilang, penjara dan klinik serta hospital swasta yang tidak dilaporkan segera.

“Kes kumulatif ini boleh dikesan melalui kes yang berlaku dalam tempoh 10 hari lalu,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam kenyataan hari ini.

“Bagi mengatasi masalah ini, JKNS akan mengenakan kompaun kepada klinik atau hospital swasta yang tidak melaporkan kes positif secara terus pada hari sama melalui Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA).”

Beliau memaklumkan keputusan bersama dibuat melalui Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri bagi Kawalan Covid-19 Selangor malam tadi.

Semalam, Selangor merekodkan 3,126 kes Covid-19, lebih separuh daripada 5,725 kes yang dilaporkan di seluruh negara.

The post MB: Klinik, hospital swasta gagal lapor kes Covid-19 bakal dikompaun appeared first on Selangorkini.