SKMM Menyarankan Penjimatan Penggunaan Peranti Di Kawasan Yang Mengalami Banjir

TechnologyDigital
7 Jan 2021 • 12:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Banyak kawasan di sekitar Malaysia yang terkesan akibat bencana banjir yang berlaku sejak beberapa hari yang lalu. Selain daripada kawasan perumahan yang dipenuhi air tinggi, terdapat juga kes dimana pencawang telekomunikasi tidak dapat menerima kuasa dan perlu diperbaiki ataupun ditukar.

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyediakan pelan pemulihan untuk kawasan-kawasan yang terjejas ini dengan menghantar bekalan kuasa di kawasan-kawasan yang memerlukan, dan juga Base Transceiver Station mudah-alih di pusat-pusat pemindahan yang memerlukannya.

SKMM juga meminta orang ramai yang berada di kawasan-kawasan ini untuk menjimatkan penggunaan peranti buat masa ini dan mengehadkannya kepada panggilan kecemasan dan apabila diperlukan sahaja khususnya jika pengecasan peranti ialah satu isu buat mereka.

Dalam pada itu, SKMM juga menyarankan orang ramai untuk menghubungi syarikat perkhidmatan telekomunikasi untuk memulakan proses pemulihan perkhidmatan jika kawasan mereka terkesan dengan bencana banjir ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved