Makna di sebalik warna pada buah, sayur

Health & Fitness
27 Jan 2021 • 7:59 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

IRONINYA, pengambilan sayur dan buah dalam diet harian secara konsisten bukan sahaja mencantikkan kulit wajah dan rambut, malah turut membantu mengurangkan risiko penyakit bahaya.

Antaranya, kanser, kencing manis, jantung ataupun buah pinggang.

Namun begitu, tanpa kita sedar rupa-rupanya warna sayur dan buah-bahan berbeza kerana membekalkan vitamin dan mineral serta fungsi berlainan.

image is not available
SETIAP jenis buah dan sayur membekalkan vitamin dan mineral yang berbeza baik untuk kesihatan.

Menurut Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sayur dan buah mengandungi fitokimia yang membekalkan antioksida bagi membantu melawan radikal bebas termasuk menyokong sistem imuniti badan.

image is not available“Oleh itu, individu sentiasa dinasihatkan mengambil pelbagai jenis dan warna sayur-sayuran dan buah.

“Nikmati sekurang-kurangnya tiga hidangan sayur dan dua sajian buah setiap hari supaya memperoleh semua khasiat,” jelas perkongsian tersebut menerusi laman sosial Facebook Bahagian Pemakanan KKM baru-baru ini.

image is not available
Individu disarankan menikmati tiga hidangan sayur dan dua sajian buah setiap hari bagi memperoleh khasiat yang pelbagai. 

Sementara itu, posting berkenaan turut berkongsi khasiat warna dalam buah dan sayur. Antaranya ialah:

Lycopene

image is not available
Warna merah buah delima, tomato, tembikai dan cili mengandungi Lycopene yang bertindak sebagai antioksida. Ia membantu melindungi daripada kerosakan sel dan baik untuk kesihatan jantung.

Anthocyanin

image is not available
Warna ungu ubi keledek, anggur, kobis dan terung pula mengandungi Anthocyanin sebagai antioksida yang membantu merendahkan risiko kanser. Ia termasuklah, meningkatkan sistem ketahanan badan dan daya ingatan.

Zat besi

image is not available
Warna hijau sayur brokoli, kobis, salad dan timun misalnya, mengandungi klorofil, serat dan zat besi. Ia baik untuk pembentukan sel darah merah, penghadaman dan meningkatkan imuniti badan.

Beta-carotene

image is not available
Warna jinga lobak merah, buah oren dan labu mengandungi Beta-carotene sebagai antioksida yang dapat meningkatkan kesihatan mata dan agen antipenuaan.

 

 

 

 

The post Makna di sebalik warna pada buah, sayur appeared first on Sinar Plus.