Amazon Diharamkan Menggunakan Logo AWS Di China Kerana Tanda Dagang Tersebut Dimiliki Syarikat China

TechnologyDigital
6 Jan 2021 • 12:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Amazon sedia mempunyai perkhidmatan perkomputeran awan mereka, dinamakan AWS. Ia sangat popular dan digunakan secara meluas di seluruh dunia. Namun, kini, logo AWS tidak boleh digunakan di China.

Perkara berkenaan diumumkan oleh mahkamah Beijing, mengatakan tanda dagang untuk terma “AWS” dimiliki oleh sebuah syarikat perisian data di China, iaitu ActionSoft Science & Technology Development Co.

Mengikut perintah mahkamah Beijing, Amazon perlu berhenti menggunakan terma AWS atau sebarang logo untuknya di China, dan perlu membayar pampasan kepada pihak ActionSoft sebanyak 76.5 juta Yuan, iaitu sekitar RM47.6 juta.

Ia diperkatakan ActionSoft telah mendaftar tanda dagang AWS pdi China pada 2004 yang lepas, sementara Amazon mendaftarnya pada 2012.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Amazon akan membawa ia ke mahkamah rayuan atau sebaliknya.

Sebelum ini, kita turut pernah melihat Apple membayar penalti berjuta ringgi untuk penggunaan tanda dagang iPad di China.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved