MediaTek Menjadualkan Acara Pelancaran Cip Dimensity 6mm Pada 20 Januari Ini

TechnologyDigital
11 Jan 2021 • 5:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

MediaTek baru-baru ini telah berkongsi yang mereka akan mengadakan acara pada 20 Januari ini. Pada tarikh ini, cip MediaTek Dimensity versi 6nm dijangka akan dilancarkan. Cip ini dikatakan adalah MT689x. Tiada butiran jelas mengenai pelancaran ini, tetapi menurut khabar angin – MediaTek akan hadir dengan versi 5nm dan 6nm. Salah satu, iaitu MT6893 dikatakan akan menggunakan ARM Cortex-A78 dengan kuasa yang boleh mencapai 3.0GHz.

image is not available

Untuk GPU, ia mungkin akan menggunakan Mali-G77. Rekaan cip ini dikatakan akan mengambil inspirasi dari Samsung Exynos 1080. Cip ini adalah cip 5G untuk peranti kelas pertengahan. Sejak kebelakangan ini, MediaTek tekah membuktikan cip mereka semakin hebat, efisien, berkuasa dan stabil. Tidak banyak laporan negatif mengenai peranti dengan cip MediaTek Dimensity mempunyai masalah seperti MediaTek yang dahulu. Apakah cip ini? Sama-sama kita nantikan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved