782 positif Covid-19 di Selangor, sembilan kematian

22 Jan 2021 • 7:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 22 JAN: Sembilan kematian akibat Covid-19 direkodkan di Selangor, sementara jangkitan baharu pula meningkat kepada 782 berbanding 545 kes semalam.

Ketua pengarah kesihatan berkata 153 kes positif dikesan daripada kluster baharu dan sedia ada, saringan kontak rapat (421) dan lain-lain saringan (208).

“Kluster Jalan Sungai Chandong dan kluster Putra Tujuh dikesan di Selangor membabitkan tempat kerja dan kumpulan berisiko,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memaklumkan sebanyak 939 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pulih 43,755.

Sehingga kini sebanyak 118 kematian dilaporkan manakala terdapat 8,090 kes aktif.

 

image is not available

 

The post 782 positif Covid-19 di Selangor, sembilan kematian appeared first on Selangorkini.