Toyota Menghasilkan Kenderaan Konsep Bekerja Dari Dari Van

TechnologyDigital
18 Jan 2021 • 4:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kita kini di dalam norma baharu bekerja dari rumah. Sejak setahun lalu perkara yang dianggap mustahil ini telah menjadi realiti kerana penangan wabak Covid-19. Tetapi bekerja dari rumah mungkin akan berevolusi pula menjadi bekerja dari kenderaan pula dan Toyota telahpun bersedia dengan kenderaan konsep mereka.

image is not available

Toyota NV350  ialah sebuah van dengan sebuah ruang pejabat terbina yang dilengkapi kerusi, meja dan komputer. Ruang pejabat ini boleh dikeluarkan dari ruang kargo kenderaan bagi membolehkan pengguna bekerja di ruang terbuka. Proses mengeluarkan pod ini boleh dilakukan menerusi sebuah telefon pintar.

image is not available

Terdapat sistem lampu LED pada bahagian dalam dan lantai untuk menerangi ruangan kargo apabila pintu ditutup.Sistem bidai elektrik juag disertakan untuk membolehkan pekerja melihat keluar untuk terasa seperti berada di ruang yang sempit.

Pada bahagian atap terdapat pula ruang rehat untuk santai selepas habisnya waktu pejabat. Kenderaan konsep ini dihasilkan sempena Nissan Customise 2021 yang membayangkan ruang kerja yang kini bebas dari kekangan bangunan pejabat.