Vivo X60 Pro+ Dilancarkan – Dijana Snapdragon 888, Skrin 120Hz, Kuad Kamera Utama

TechnologyDigital
21 Jan 2021 • 9:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Satu lagi peranti di bawah siri Vivo X60 diumumkan secara rasmi iaitu Vivo X60 Pro+. Ini adalah peranti daripada Vivo yang hadir dengan janaan cip Snapdragon 888. Selain, hadir dengan binaan panel belakang bersama kemasan seakan kulit.

image is not available

Untuk spesifikasi khusus, Vivo X60 Pro+ dilengkapi skrin bersaiz 6.56-inci AMOLED FHD+ (2376 x 1080 piksel) bersama kadar segar semula 120Hz. Seterusnya, ia dibantu oleh GPU 660, memori sehingga 12GB RAM (LPDDR5), storan dalaman sehingga 256GB (UFS3.1) dan bateri berkapasiti 4,200mAh dengan pengecasan pantas 55W.

Sistem kuad-kamera utama digunakan dengan sensor 50-Megapixel + 48-Megapixel (IMX598) + 32-Megapixel + 8-Megapixel (zum sehingga 60x). Seperti adik-beradiknya yang lain, kamera Vivo X60 Pro+ juga menawarkan penjenamaan Zeiss. Seterusnya. kamera swafoto pula adalah 32-Megapixel (f/2.45).

Spesifikasi lain termasuk – menggunakan OriginOS 1.0 berasaskan Android 11, Bluetooth 5.2, sambungan port USB-C, pengimbas cap jari pada skrin dan sebagainya.

image is not available

Vivo X60 Pro+ ditawarkan pada harga RMB 4,998 (~RM3,116) untuk variasi 8GB + 128GB, sementara variasi 12GB + 256GB pula berharga RMB 5,998 (~RM3,739). Buat masa ini, peranti ini hanya ditawarkan untuk pasaran China terlebih dahulu.