Fujifilm X-E4 Diumumkan – Kamera Nircermin Dengan Rekaan Rangefinder Klasik

TechnologyDigital
28 Jan 2021 • 2:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Fujifilem X-E4 diumumkan minggu ini dan adalah kamera Siri X mereka yang paling kompak pernah dihasilkan. Kamera nircermin ini dilengkapi sensor CMOS 26.1MP X-Trans CMOS yang dipadankan dengan pemproses pengimejan X-Processor 4.

image is not available

Kemampuan merakam video ialah 4K 30p ataupun FHD pada tetapan 240p. Sistem pemfokusan adalah cukup pantas yang mengambil masa 0.02 saat. Seperti kesemua kamera Fujifilm yang lain, terdapat 18 penuras yang memberikan imej seakan menggunakan filem sebenar.

image is not available

Tubuh diperbuat dari bahan logam dan magnesium menggunakan rekaan seakan kamera rangefinder klasik. Pada bahagian belakang terdapat sebuah skrin LCD yang boleh diturunkan atau dinaikkan sehingga 180 darjah.

Fujifilm X-E4 akan dijual bermula Mac 2021 pada harga $849.95 (~RM3438) tubuh sahaja atau $1049.95 (~RM4248) dengan lensa FUJINON XF27mmF4 R WR.