SHAH ALAM, 12 JAN: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas pengisytiharan darurat secara langsung pada jam 11 pagi ini.
Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat untuk membendung pandemik Covid-19.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata baginda memberi perkenan pelaksanaan darurat sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal dengan mengambil kira rundingan Seri Paduka dengan Raja-Raja Melayu.
Semalam, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meliputi tiga peringkat untuk tempoh 14 hari bermula 13 Januari.
Muhyiddin memaklumkan PKP dikenakan ke atas enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.
Sementera itu, PKP Bersyarat pula dilaksana di Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan serta PKP Pemulihan bagi Perlis dan Sarawak.

The post Siaran langsung PM isytihar darurat 11 pagi appeared first on Selangorkini.


