Gempa bumi sederhana gegar Sulawesi, tidak ancam Malaysia

7 Jan 2021 • 9:11 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 7 JAN: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala Richter menggegarkan Semenanjung Minahassa, Sulawesi, dilaporkan berlaku pada 4.59 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu dikesan pada kedudukan 64 kilometer (km) selatan dari Gorontalo, Indonesia dengan kedalaman 164 km.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

– BERNAMA

The post Gempa bumi sederhana gegar Sulawesi, tidak ancam Malaysia appeared first on Selangorkini.