Covid-19 catat kes baharu harian tertinggi, 15 kematian

14 Jan 2021 • 6:28 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 14 JAN: Kes baharu Covid-19 kekal empat angka apabila 3,337 kes direkodkan hari ini iaitu kes harian tertinggi menjadikan jumlah keseluruhan 147,885 kes.

Rekod tertinggi sebelum ini dilaporkan pada 12 Januari lalu dengan jumlah kes harian sebanyak 3,309.

Ketua pengarah kesihatan berkata seramai 1,710  pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih wabak itu 113,228.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 33,989 kes.

“Seramai 15 kematian direkodkan akibat wabak itu menjadikan keseluruhan korban adalah 578,” katanya pada kenyataan media harian perkembangan Covid-19.

Beliau berkata terdapat 195 pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 86 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

image is not available

 

The post Covid-19 catat kes baharu harian tertinggi, 15 kematian appeared first on Selangorkini.