Helikopter persendirian terhempas di Klang, dua mangsa selamat

1 Jan 2021 • 11:29 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 1 JAN: Sebuah helikopter persendirian terhempas di kawasan Pelabuhan Klang Free Zone (PKFZ), Pelabuhan Klang selepas melakukan pendaratan cemas pagi ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata bagaimanapun juruterbang, Khairudin Dahlan, 72, dan pembantunya, Moithu Kutti Mohamad, 52, disahkan selamat.

“Helikopter jenis Robinson R66 Turbine itu terhempas di kawasan lapang namun tidak terbakar. Tangan kiri Khairudin cedera manakala Moithu mengalama luka kecil.

“Kedua-dua mangsa stabil dan menerima rawatan awal dari pihak Pelabuhan Barat sebelum dibawa ke hospital,” kata Norazam Khamis menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihaknya mengerahkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang termasuk seorang pegawai kanan ke lokasi sejurus mendapat penggilan pada jam 10 pagi tadi.

“Satu jentera bomba serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) turut digerakkan bagi memudahkan urusan kecemasan,” katanya.

The post Helikopter persendirian terhempas di Klang, dua mangsa selamat appeared first on Selangorkini.