Malaysia rekod 4,313 kes sembuh wabak Covid-19 – Dr Noor Hisham

23 Jan 2021 • 6:55 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 23 JAN: Sebanyak 4,313 individu dilaporkan sembuh daripada wabak Covid-19, tertinggi sejak pandemik melanda negara tahun lalu.

Ketua pengarah kesihatan berkata jumlah kes baharu wabak kekal empat angka iaitu 4,275 dengan jumlah kes aktif kini 42,769.

“Tujuh kes kematian direkodkan hari ini,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai perkembangan kes Covid-19 dalam negara, hari ini.

 

image is not available

 

BERITA LANJUT MENYUSUL

The post Malaysia rekod 4,313 kes sembuh wabak Covid-19 – Dr Noor Hisham appeared first on Selangorkini.