Samsung Ke Arah Pengalaman Penggunaan Android Asli – SmartThings Kini Diintegrasikan Ke Dalam Android Auto

TechnologyDigital
15 Jan 2021 • 11:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung semakin lama semakin mendengar kata-kata peminat. Ramai gemarkan peranti yang Samsung tawarkan, tetapi tidak gemar dengan One UI yang masih berat dengan tema dan aplikasi Samsung serta Bixby yang tidak cukup menarik. Dalam One UI 3.0, lebih-lebih lagi One UI 3.1 yang ada pada Galaxy S21 – Samsung mula bergerak ke arah pengalaman penggunaan Android asli.

image is not available

Aplikasi permesejan kini adalah Google Message untuk menggalakkan orang ramai menggunakan RCS atau Bixby yang digantikan dengan Google Discover. Google hari ini mengesahkan yang, SmartThings kelak akan diintegrasikan dalam Android Auto. Ini bermakna, pengguna kelak boleh mengawal peranti berhubung Samsung dari dalam kereta sahaja.

image is not available

Ada pilihan Devices pada talam notifikasi, ini semua peranti berhubung pengguna akan dipaparkan di satu tempat. Aplikasi SmartThings juga akan menyokong kawalan peranti berhubung Google lain seperti barangan Nest. Google turut mengembangkan lai integrasi Google dengan Samsung melalui Google Duo. Panggilan video ini kini boleh disiarkan pada Samsung TV dan tidak lagi terhad kepada Chromecast.