Covid-19: Lebih 4,000 kes baharu, keseluruhan hampiri 200,000

28 Jan 2021 • 5:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 28 JAN: Kes baharu Covid-19 kekal empat angka apabila 4,094 kes direkodkan hari ini iaitu naik berbanding 3,680 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 198,208 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata seramai 3,281 pesakit sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih wabak itu 154,299.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 43,192 kes.

“Sebanyak 10 kematian direkodkan akibat wabak itu menjadikan keseluruhan korban adalah 717,” katanya menerusi Twitter.

Beliau berkata terdapat 303 pesakit Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 118 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

image is not available

image is not available

The post Covid-19: Lebih 4,000 kes baharu, keseluruhan hampiri 200,000 appeared first on Selangorkini.