Gempa bumi lemah di Laut Sulawesi, mungkin dirasai di Tawau

29 Jan 2021 • 9:12 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 29 JAN: Gempa bumi lemah berukuran 3.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Laut Sulawesi pada 1.42 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gegaran gempa bumi lemah itu mungkin dirasai di sekitar Tawau, Sabah.

Pusat gempa bumi itu terletak 197 kilometer selatan Semporna, Sabah dan pada kedalaman 141 kilometer.

MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini, menurut kenyataan itu.

– BERNAMA

The post Gempa bumi lemah di Laut Sulawesi, mungkin dirasai di Tawau appeared first on Selangorkini.