OnePlus Urban Traveler Backpack Dijual Di Malaysia Pada Harga RM199

TechnologyDigital
26 Jan 2021 • 2:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selain daripada peranti pintar dan TWS, OnePlus kini dilihat hadir dengan penawaran produk gaya hidup menerusi pengenalan OnePlus Urban Traveler Backpack untuk pengguna di Malaysia. Bagi yang berminat, beg ini ditawarkan pada harga RM199 dan jualan pertama akan bermula pada 2 Februari 2021 menerusi platform Lazada serta Shopee.

image is not available

OnePlus Urban Traveler Backpack ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam (Charcoal Black) dan putih (Artic White). Beg galas ini juga hadir dengan muatan kapasiti 20L, dilengkapi 9 poket bersama satu ruang untuk barangan kecil seperti dompet dan ruang khusus untuk komputer riba. Ia juga diperbuat daripada kain tahan lasak bersama zip kalis air. Di samping itu, ia juga memiliki berat sekitar 835gram.