Beberapa Peranti Yang Dijana Snapdragon 870 Sudah Berada Di Fasa Penghasilan Dalam Kuantiti Yang Banyak

TechnologyDigital
21 Jan 2021 • 2:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Beberapa hari yang lepas, Qualcomm telah melancarkan cip pemprosesan terbaru mereka – Snapdragon 870. Ia adalah cip pemprosesan yang sedikit lebih berkuasa dari Snapdragon 865+. Ia menggunakan cip Kyro 585 pada kelajuan 3.2Ghz (berbanding 3.1Ghz pada Snapdragon 865 Plus), selain masih kekal menggunakan GPU Adreno 650, dan modem X55 5G. Ia juga masih lagi menggunakan binaan 7nm.

image is not available

Motorola adalah antara yang terawal mengumumkan akan hadir dengan peranti yang dijana cip ini, iaitu Motorola Edge S. Satu peranti Oppo juga dilaporkan akan hadir dengan cip ini, di mana ia mungkin adalah salah satu variasi Reno5. OnePlus, Xiaomi dan mungkin banyak lagi jenama lain mungkin akan menawarkan peranti dengan cip yang sama.

Menurut laporan dari ITHome, Xiaomi, Oppo,Motorola, iQoo dan beberapa jenama lain sudah pun selesai membangunkan peranti dengan cip ini. Peranti-peranti ini dilaporkan sudah pun berada di kilang dalam fasa penghasilan dalam jumlah yang banyak. Menjadi persoalan, jika pengeluar hadir dengan peranti yang dijana cip ini – bagaimanakah layanan mereka terhadap peranti dengan cip Snapdragon 865/865+?