Perkhidmatan Penstriman Muzik Xiami Milik Alibaba Ditutup Selepas 12 Tahun Beroperasi

TechnologyDigital
5 Jan 2021 • 7:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perkhidmatan penstriman muzik Xiami telah beroperasi selama 12 tahun sejak 2008, tetapi sayangnya ia akan ditutup tidak lama lagi. Sebelum ini, ia merumahkan ramai artis indie di negara tersebut, dan merupakan salah satu cara untuk orang ramai mencari muzik baru dengan cepat dan mudah.

Sayangnya, Xiami menerima saingan sengit apabila Tencent memasuki arena ini dan membeli pegangan dalam China Music Group melalui Tencent Music.

Perkongsian ini memberi Tencent Music akses dan hak eksklusif kepada majoriti besar artis dan lagu-lagu China, tidak kira dari arus perdana ataupun indie.

Artis-artis yang sebelum ini di platform Xiami terpaksa berpindah ke platform Tencent Music kerana kehilangan hak penstriman di Xiami, disamping jumlah pendengar yang jauh lebih tinggi.

Alibaba telah mengumumkan bahawa platform penstriman muzik Xiami akan ditutup bermula hari ini.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved