PKP Selangor, KL disambung hingga 4 Februari

Politics
21 Jan 2021 • 5:51 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 21 JAN: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh negeri termasuk Selangor yang dijadual berakhir pada 26 Januari dilanjutkan sehingga 4 Februari.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perintah itu membabitkan Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Kelantan, Melaka, Johor dan Sabah.

“Ia adalah hasil nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung trend peningkatan kes positif Covid-19.

“Ini bermakna seluruh negara dikenakan PKP kecuali Sarawak,” katanya dalam sidang media hari ini.

The post PKP Selangor, KL disambung hingga 4 Februari appeared first on Selangorkini.