Kerentanan Pada TikTok Membuatkan Informasi Peribadi Pengguna, Termasuk Nombor Telefon Terdedah

TechnologyDigital
26 Jan 2021 • 9:01 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Terbaru, ia dilaporkan terdapat sebuah kerentanan ditemui pada aplikasi perkongsian video popular, TikTok. Kerentanan ini membuatkan beberapa info peribadi pengguna terdedah kepada umum, termasuk nombor telefon dan juga tetapan profil.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada terdapat pengodam atau pihak ketiga yang telah mula mengeksploitasi kerentanan ini atau sebaliknya.

Kerentanan pada ciri Find Friends juga dikatakan memperlihatkan nama samaran pengguna, gambar profil dan juga ID unik untuk setiap profil. Kerentanan pada ciri ini dilaporkan telah pun ditutup dan diatasi.

Kerentanan seperti ini walaupun dianggap kecil oleh sesetengah pihak, tetapi sebaliknya ia boleh digunakan untuk membangunkan pangkalan data, dan menghubungkan pelbagai maklumat – seterusnya digunakan untuk menyerang pengguna.

Seperti biasa, pengguna dinasihatkan sering berhati-hati ketika menggunakan laman sosial, dan tidak mendedahkan pelbagai info peribadi pada sebarang platform.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved