Windows 10X adalah sistem operasi khas dari Microsoft untuk peranti dengan dwi-skrin. Sistem operasi ini dikatakan akan dijalankan pada Surface Neo kelak. Tetapi disebabkan Covid-19, pelbagai perkara berkaitan dengan sistem operasi ini tertunda. Tidak lupa juga dengan permintaan tablet dan komputer riba biasa meningkat, sistem operasi ini tidak relevan lagi.
Here's your first look at Windows 10X for single-screen PCs. I should hopefully have more to share very soon :) pic.twitter.com/irkbMC5w5n
Kini, antaramuka Windows 10X tekah tertiris. Ia adalah tangkapan layar untuk satu skrin daripada dua skrin dalam sistem operasi ini. Tangkapan layar ini memperlihatkan tetingkap seakan pelancar aplikasi atau Start Menu yang kini berada selari dengan Microsoft Edge, Files, Outlook, dan spaces di Taskbar. Tetingkap ini dilihat mirip dengan Chrome OS, yang mana memaparkan aplikasi cadangan yang kerap pengguna gunakan.
Rekaan ini juga dilihat rekaan yang mesra skrin sesentuh, tetapi ia dilihat mungkin tidak akan menyokong folder. Jadi aplikasi akan berterabur, cuma tetingkap ini dilihat akan fokus kepada aplikasi-aplikasi web dan perisian Microsoft lain.
Windows 10X | Build 20279.1002 pic.twitter.com/hrQmWm4Sz4
Selain itu, but skrin Windows 10X yang dikatakan hadir dari versi 20279.1002 turut diperlihatkan. Ia memperlihatkan animasi dan pergerakan yang lebih sedap mata memandang, ringkas dan mempunyai bunyi muzik yang menyenangkan hati.

